Wednesday, July 13, 2011

Hanya kerana Sebatang Aiskrim~

Posted by Fauziah Abdullah (poja) at 11:32 AM



salam blogger.

Semalam, after finished my R&D class aku and Lela nak pergi beli ice cream. Well, kitorang bile tense je cari ice cream or chocolate. So, she fetched me from food court and then we rode the motor to town. That time, our excitement nak makan ice cream tu tinggi sangat.

Dengan excited kitorang ni, aku pon bawa la motor dengan penuh jiwa dan raga. Aku nampak kereta, aku potong. Aku nampak lori, aku potong. Sampai kat selekoh depan rumah cikgu MRSM, aku dengan semangat waja nye masuk ke selekoh tersebut dengan harapan dapat beli ice cream dengan cepat. Tapi sayang, aku and Lela tak perasan ade satu road block di hadapan kami.

"OMG, JPJ la Lela!"...

So, waktu tu nak berpatah balik memang la dah terlewat. Lela pon surow aku masuk jalan cone tu..

Hehe, dengan muka yang sangat la innocent, aku pun pergi la kat abang JPJ tu ibarat penjenayah menyerah kat polis. Ingatkan nak guna teknik "hot" tapi tak berjaya coz aku bukan dilahirkan "hot"..

"mana Helmet?"..kate abang JPJ tu..

"Helmet hilang bang,hari tu kitorang tukar rumah pastu ade budak pinjam then hilang"..Baik punya ayat aku bagi kat abang tu..Niat di hati bukan nak menipu, tapi nak selamatkan diri so terpaksa la.

"Ni kene rm300 ni"..abang tu cakap la dengan muka yang amatla simpati..

"uit,mahalnye bang..memang rm300 ke?"..persoalan yang terkeluar dari mulut Lela..

"yela, kalo tak pakai helmet rm300,sekrang camane ni?"..kate abang tu..

Hehe, yang mampu aku and Lela buat hanye la tersengih and buat muka tak bersalah. Abang tu pon bawa kitorang jumpe ketua dia yang sedang sibuk menulis saman kat tahanan yang lain. Dalam hati kitorang, alamak habis rm300 aku..

Abang ketua tu tanye la kenapa tak pakai helmet, lesen mane, sape punya motor and tibe-tibe asal mane? haha, time tu aku and Lela rase cam nak gelak pecah perut je. Dah macam tahanan dah kitorang kat situ.

"awak g balik ambik helmet dari kawan,tinggal kawan awak kat sini".kate abang ketua tu..

aku pon cam tak caye,"sekarang ke?'.....

"Yele,sekarang la",,kate abang tadi..

Aku pon pergi la dengan meninggalkan Lela dan Abang-abang tu. Lela time tu dah frust sebab kene date ngan abang-abang tu..haha,kat atas motor aku just senyum sampai telinga sehingga menyebabkan aku salah masuk jalan. Nasib baik takde orang nampak,kalo tak buat malu je. Lagipon bukan style aku salah-salah jalan ni..hehe

Sampai kat Ilmiah, aku naik rumah tok ambik helmet yang berat tu..Sedangkan abang JPJ tu ingat aku nak g ambik helmet kat kawan. Hahaha, Sory la abang JPJ, kitorang terpakse menipu demi keselamatan negara.

Aku pon pergi la kat Lela and abang-abang tu dengan harapan kami akan dibebaskan dari tahanan. Kesian Lela kene date lame-lame kat situ.

Tunggu lagi 15 minit kat situ and then abang tu kate "awak ley balik"...hehe..Save life for 10 years..save money for 3 month..haha..kami berterima kasih tak terhingga bagai nak menitik air muka ini..

So,itula die kisah hanya kerana ice cream. Pengajaran nyer, lain kali nak kuar pergi mane-mane jangan lupe helmet, and lesen and tali pinggang keselamatan..

0 comments:

 

Blissful Memory Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device