Monday, August 22, 2011

Perkara yang kita tak pernah sedar.!

Posted by Fauziah Abdullah (poja) at 8:55 PM
Tanda-tanda sakit yang berhubung kait dengan kesihatan badan:
1. Mata (bertindak balas dengan kesihatan hati)
  • Mata menjadi merah - Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.(ia menunjukkan badan kita sedang berada dalam proses pembuangan toksin)
  • Mata menjadi kabur - Menandakan proses penyimbangan hati sedang berlaku. (berlaku pada waktu pagi setelah bangun dari tidur)
  • Keluar tahi mata - Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata - Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
  • Ketegangan mata dan kelopak - Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. Hidung (Mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
  • Selesema - Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung tersumbat - Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
  • Bersin

  1. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  2. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. Batuk
  • Batuk keluar kahak - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak - Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar
4. Kerongkong
  • Kerongkong kering - Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong - Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. Bibir (berkaitan dengan sistem penghadaman)
  • Bibir pucat

  1. Sistem penghadaman yang lemah.
  2. Perut mengandungi angin.
  3. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah - Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. Mulut dan Lidah (berkaitan denagn fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
  • Lidah atau gusi bengkak, sakit - Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) - Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk - Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. Telinga (berkaitan dengan buah pinggang)
  • Telinga terasa tersumbat - Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung - Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. Kulit Berpeluh
  • Peluh masin - Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau - Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. Ruam dan Bisul - Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. Kulit Gatal dengan Ruam - Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. Kulit Pecah dan Berair - Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. Rambut Gugur - Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. Sendi-sendi, Tangan dan Kaki
  • Sakit sakit Sendi

  1. Rasa panas - Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  2. Tidak rasa panas - Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
  3. Sakit di bahagian bahu - Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
  • Kebas Tangan - Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
  • Kebas Tangan Kiri dan Lengan - Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
  • Kebas Kaki - Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
  • Sakit Tapak Kaki - Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
  • Sakit Tumit Kaki - Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
  • Rasa Panas di Tapak Kaki - Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
  • Gatal di Celah-celah Kaki - Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. Tanda-tanda Dalaman
  • Kepala - Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
  • Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala - Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  • Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.

  1. Bahagian atas - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  2. Bahagian bawah (tengkuk) - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
  • Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga - Menandakan penyakit migrain.
  • Bisul Terjadi di Kepala - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  • Rasa Pening yang Memusing - Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. Mulut/Kerongkong/Lidah
  • Loya / Muntah - Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
  • Muntah Darah

  1. Darah merah - Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
  2. Darah hitam - Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. Lidah Rasa Tegang dan Pendek - Tanda sakit jantung.
17. Keluar Air Liur yang Pekat - Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. Kencing
  • Kerap Kencing - Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
  • Air Kencing yang Berkapur - Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
  • Air Kencing yang Berminyak - Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
  • Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat - Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
  • Air Kencing Berdarah - Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. Buang Air Besar
  • Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar - Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
  • Sembelit - Membersihkan toksin dari usus kecil.
  • Najis Berdarah

  1. Darah merah - Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  2. Darah hitam - Masalah penyakit ulser perut.
  • Najis Berwarna Hitam - Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. Badan
  • Rasa Sakit - Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
  • Sakit menyucuk - Proses menyeimbangkan urat saraf.
  • Sakit sengal - Menandakan luka di dalam badan.
  • Sakit menyentap - Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  • Sakit menegang - Proses melancarkan pengaliran darah.
  • Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh - Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
  • Badan Terasa Panas - Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
  • Badan Terasa Ringan - Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. Rasa takut mengejut - Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. Cepat naik marah/darah - Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. Rasa bimbang dan takut - Sistem paru-paru yang lemah.
24. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab
  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.
25. Suka berfikir dan berkhayal - Sistem penghadaman yang lemah.

0 comments:

 

Blissful Memory Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device